Facebook Saya !

HOT DEAL !

Jun 13, 2011

Lelaki Sebar Gambar Bogel Bekas Kekasih ke 15000 Email

ROME- Seorang lelaki berusia 32 tahun dari Milan, Itali, dipenjarakan dua tahun empat bulan kerana menyebarkan gambar telanjang bekas kekasihnya kepada 15.000 alamat e-mail.

Dalam melaksanakan aksinya, lelaki yang dirahasiakan namanya ini membuat web khusus berisi gambar gambar erotis bekas kekasihnya. Gambar itu diambil ketika dia masih menjalin hubungan dengan wanita tersebut.

Tidak hanya gambar, lelaki ini juga meletakkan nombor telefon bekas kekasihnya "Dia juga menulis beberapa ancaman kepada wanita ini dan orangtuanya," ungkap seorang hakim seraya mengatakan bahawa tindakan kriminal itu dilakukan sebagai aksi balas dendam terdakwa yang tidak rela putus cinta.

Belum ada komen dari terdakwa mahupun mangsa atas kes itu. Merujuk pada kes ini, sejumlah pengamat internet Itali mengingatkan kepada para wanita untuk lebih berhati-hati saat menjalin hubungan asmara dengan seseorang.

"Bekas kekasih boleh mengeksploitasi kita untuk balas dendam," kata seorang analis internet

Source

4 comments: