Facebook Saya !

HOT DEAL !

Jun 6, 2011

Nenek 80 Tahun Menjadi Pencuri Selama 50 Tahun

Los Angeles - Seorang wanita berusia 80 tahun, Doris Payne, tercatat sebagai ‘pencuri permata’ selama berpuluh-puluh tahun. Namun, sesuai dengan pepatah, sepandai-pandainya tupai melompat, akhirnya jatuh juga. Payne pun tertangkap akhir minggu ini saat mencuri cincin senilai US$ 16 ribu dari sebuah kedai perhiasan Santa Monica, Los Angeles, Amerika Syarikat.

Sebelumnya, Payne pernah dihukum kerana menggasak perhiasan di berbagai kedai di berbagai penjuru dunia. Dia juga pernah dihukum oleh Hakim Pengadilan Tinggi Los Angeles, Mark E. Windham selama 16 bulan penjara.

Payne lahir pada 1930 di kota kecil Slab Fork. Dia mencuri berlian pertama kali di penghujung usia 20-an. Awalnya dia berharap dapat mengumpulkan wang untuk membantu ibunya yang ditinggalkan oleh suaminya yang berkelakuan kasar.

Payne mengaku tidak ingat berapa banyak barang berharga yang telah dicuri. Tetapi kariernya tersebut telah berlangsung lebih 5 dekad. Dia melakukan aksinya dari New York, Las Vegas, London, Paris, Monte Carlo hingga Tokyo.

“Sasaran saya selalu kedai-kedai terbaik,” kata Payne seperti dikutip dari LAtimes.com, Isnin (6/6/2011).

Dalam melaksanakan aksinya, dia akan bercakap dengan para pengunjung . Kemudian dia mengambil berlian dan memasukan ke beg pakaian yang dikenakannya. Payne mengalihkan perhatian staf penjualan ketika mencuba berbagai cincin. Dan ketika mereka tidak melihat slip cincin dari jarinya dia akan memasukan cincin ke baju.

Kisah hidupnya telah menarik pembuat filem untuk dijadikan filem Hollywood

Payne, menurut jaksa San Diego, telah menghabiskan sebahagian besar hidupnya untuk “tidak melakukan apa-apa selain mencuri perhiasan sampai usia tua.”

Source