Facebook Saya !

HOT DEAL !

Jun 3, 2011

Bila Lelaki Obses Cantik


Tak hanya wanita, ternyata jumlah lelaki Amerika yang melakukan operasi plastik meningkat, bahkan yang dioperasi adalah PAYUDARA.... Berdasarkan Daily Mail, para doktor bedah mengatakan tahun lalu baik lelaki mahupun wanita yang melakukan operasi sebanyak 13.1 juta, meningkat 5 peratus pada tahun sebelumnya. Tetapi, di antara lelaki hanya meningkat 6 peratus untuk lelaki  yang mengecilkan payudara. Pengecilan ukuran payudara menjadi operasi yang paling popular.

 Angka itu juga menunjukkan lelaki yang melakukan bedah kecantikan naik 14 peratus dan lelaki yang menjalani liposuction (sedut lemak) naik 7 peratus.

 Para doktor bedah mengatakan bahawa lelaki tua yang melakukan operasi naik kerana mereka menginginkan penampilan terbaik untuk bersaing di bursa kerja.

 Saat ini bukan hanya pria metroseksual yang melakukan operasi plastik, pria biasa juga memikirkan operasi plastik juga.

 Angka dari American Society of Plastic Surgeons (ASPS) menunjukkan bahawa perempuan beralih ke prosedur kosmetik non-invasif seperti botoks.

 Lelaki juga tertarik pada operasi non-invasif tetapi masih senang menjalani bedah dengan pisau.

 Angka ASPS menunjukkan tahun lalu 18.280 pria menjalani pengecilan payudara, dibandingkan dengan 17.326 pada tahun sebelumnya, naik 6 persen.

 Selama periode yang sama jumlah pria yang melakukan "soft-tissue filler" (pengisi jaringan lunak) naik 10 peratus dan 9 peratus lebih banyak melakukan botoks. Dermabrasi untuk melembutkan kulit naik 4 peratus.

 Dr. Mitchell Brown, seorang doktor bedah plastik di Toronto, mengatakan bahawa kanaikan itu kerana bedah kosmetik lebih diterima. Acara televisyen seperti "Extreme Makeover" membuat orang lebih menyedari bukan hanya orang kaya yang mampu melakukannya.

 "Saya kira itu adil untuk mengatakan bahawa demografi dalam bedah plastik kosmetik berubah dalam berbagai cara," kata Brown.

 "Dan, saya fikir salah satu hal yang kita lihat adalah ada lebih banyak lelaki yang mempertimbangkan operasi plastik kosmetik. Orang-orang lebih banyak membicarakan itu, itu menjadi sedikit lebih popular. Saya kira celah antara lelaki dan wanita umumnya hanya menyempit."

 "Dan, mungkin itu sesuatu yang lebih difikirkan oleh perempuan pada awalnya sesuatu yang lebih dimanfaatkan banyak lelaki."

 Statistik menunjukkan bahawa sejak tahun 2000 di antara kedua jenis kelamin ada peningkatan besar dalam jumlah operasi. Pada tahun 2000 sebanyak 786.000 suntik botoks dilakukan tetapi pada tahun lalu naik menjadi 5.3 juta, meningkat 584 peratus. Prosedur yang minimh irisan di kulit naik 77 peratus dari 7.4 juta pada tahun 2000 ke 13.1 juta tahun lalu.

 Generasi yang lahir tahun 1950-an yang melakukan operasi naik kerana mereka bekerja dalam jangka lama untuk mendapat wang dan memiliki tubuh menua yang memerlukan pekerjaan itu.

 Angka ASPS menunjukkan bahawa usia 40 hingga 55 tahun sekarang dihitung untuk hampir separuh bedah kosmetik yang dilakukan di AS.

 Dr. Phil Haeck, doktor bedah plastik yang berbasis di Seattle dan presiden ASPS mengatakan bahawa lelaki merasakan tekanan untuk berkompetisi dengan lelaki lebih muda dalam urusan pekerjaan sehingga melakukan bedah kosmetik.

 Dia menambahkan bahawa kod berpakaian yang lebih santai berarti lelaki tidak boleh lagi menyembunyikan lemak mereka dan tampil dalam jaket dan kod.

Source

0 comments:

Post a Comment