Facebook Saya !

HOT DEAL !

Jun 9, 2011

Gadis Stress Dimarahi Ibu Bunuh Diri Di Masjid

gambar hiasan

REPUBLIKA.CO.ID, SEMARANG – Seorang gadis jatuh dari tingkat tiga masjid Baiturrahman, Semarang, Rabu (8/6). Korban dikatakan cuba berniat bunuh diri setelah bertengkar dengan ibunya.

Korban bernama Siti Munawaroh (20), warga Kampung Kledung Malang Kota Semarang. Siti anak terakhir dari empat bersaudara. Ayahnya bernama Untung, dan ibu bernama Suranti.

Saksi kejadian, Ivan Farhan (22) mengatakan sekitar pukul 17.00 WIB, korban dilihat bertengkar dengan kekasihnya, Agus Suparno (23). Agus sempat memberi helmet kepada Siti, namun helmet itu dilempar Siti. Agus kemudian meninggalkan Siti seorang diri di masjid. Setelah ditinggal Agus, Siti nampak termenung di tangga utama masjid. “Dia lalu ke dalam untuk solat maghrib,” kata Ifan.

Setelah solat, Siti kemudian pergi ke teres muka masjid di tingkat tiga yang menghadap Simpang Lima. Dari tingkat tiga, Siti kemudian menjatuhkan dirinya dengan kepala menghadap ke bawah. Menurut saksi yang lain, kejadian terjadi sekitar pukul 18.45 WIB. Tubuh Siti sempat menghempas kanopi masjid, lalu jatuh ke lantai . Siti pengsan seketika dengan luka memar di kening. Warga yang melihat langsung berkerumun.

Selang 15 minit petugas Polis datang ke TKP dan membawa korban ke hospital Telogorejo, Semarang. Agus, kekasih Siti, ditelefon petugas dan diminta hadir ke hospital untuk diminta memberikan keterangan. Dari keterangan Agus terungkap jika Siti sebelumnya mengalami stress akibat sering kena marah ibunya. “Dia sifatnya memang begitu, suka stress kerana masalah kecil,” kata Agus.

Agus mengaku mengajak Siti untuk pulang, namun Siti menolak. Katanya Siti, ia merasa lebih tenang di masjid. Kerana tidak berhasil memujuk Siti, Agus memutuskan untuk meninggalkannya kerana harus mengajar.

Kakak korban, Ratih Kusumadewi (22), membenarkan jika sebelumnya Siti terlibat pertengkaran dengan ibunya. Namun ia tidak menyangka jika adiknya nekad cuba bunuh diri. “Kelakuanya membuat malu keluarga,” kata Ratih.

Ketika ini Siti dalam rawatan petugas hospital. Petugas telah memberi ubat penenang dan mengubati luka-lukanya. Menurut petugas Polsek Semarang Tengah yang ikut membawa Siti, KSPK Wagiyo, Siti diduga melakukan cubaan bunuh diri. “Kesimpulan sementara adalah cubaan bunuh diri,” ujarnya

Source

1 comment: