Facebook Saya !

HOT DEAL !

May 30, 2011

Ikan Pelik Lagi Aneh

ikan-pelik
LOS ANGELES – Sekumpulan saintis cuba menyelesaikan misteri yang berusia 50 tahun terhadap seekor ikan ganjil yang mempunyai dua mata di hadapan kepalanya, lapor sebuah akhbar semalam.
Ikan itu turut mempunyai bahagian kepala yang lut sinar dan hidup di dasar laut dalam.
Ahli-ahli biologi di Institut Akuarium Teluk Monterey, California di Amerika Syarikat (AS) menggunakan video untuk mengkaji pergerakan mata ikan ganjil itu.
Pada kebiasaannya ikan mempunyai mata di sisi badan sekali gus mampu melihat apa yang berlaku di sekeliling kawasan haiwan itu.
Ikan ganjil itu mempunyai mata di depan kepala sama seperti manusia.
Namun, saintis-saintis itu mendapati mata ikan tersebut boleh bergerak ke dalam bahagian lut sinar di kepalanya bagi membantunya mengesan pencari mangsa dan makanan.


Sumber : Ikan Pelik Lagi Aneh|Segalanya Disini. . . 

0 comments:

Post a Comment